SURAT KECIL UNTUK MAK

Wednesday 11 February 2015






 
Mak,
Maybe you will not read this status or even understand the language.
I know i'm not good and clever son of yours.
But i'm always tried to be better and better.
I'm trying to the best in your life. Not in world.
Because i hv only my mak.

Mak,
Dari kecil hinggalah kini, mak tak pernah jemu melayan kerenah kami.
Mak adalah ibu sekaligus seorang ayah.
Hilang kebergantungan kepada seorang ayah membuatkan mak menanggung semua beban
Tugas seorang ayah bergalas di bahu mak.
Ingat lagi abang dan adik pernah mengira duit syiling semata-mata untuk membayar yuran sekolah. Mak kata ada duit, jangan risau. Walhal kami tahu mak sendiri perlukan duit.
Orang lain sentiasa menganiaya, mak kata sabar nak. ALLAH pasti membalas. Mulianya hati mak. Walau dikeji, walau difitnah, mak tetap sabar.
Setiap hari mak bekerja, bertahan dengan semput, sakit badan, menangis menahan kelelahan. Tapi ayat yang mak selalu katakan, "Mak buat semua ni untuk abang dengan adik." Itulah ayat yang selalu terucap.
Aku tidak pandai menunjukkan ekspresi, tapi aku selalu berdoa agar mak sentiasa sihat.

Kata-kata setiap kali kami adik beradik berbalah, “Abang, adik, kita tak ada ayah, korang ada mak je kat dunia ni. Kalau korang bergaduh, apa nak jadi dengan mak. Mak tak ada siapa lagi dalam dunia ni. Kalau ayah ada lagi, korang mesti hidup senang. Mak sayang korang.”

“Abang belajarlah sungguh-sungguh. Buktikan pada orang lain, hidup kita tanpa ayah, selalu dianiaya pun boleh bahagia.”

“Abang, jaga adik. Adik sorang je yang ada. Jangan berkira dengan adik.”

“Mak tak kisah pun berapa keputusan abang  dapat, mak cuma nak abang dengan adik hidup bahagia je.”

“Bila abang dah berjaya nanti, jangan lupa mak ni, adik. Adik tulah harapan. Adik tulah yang ada.”

Biarlah orang hendak kata aku anak mak. Duduk bawah ketiak mak.
Di dalam dunia ini, mak dan adik adalah segala-galanya bagiku.

I'm trying to be a proud son, even not by reward.
You always give me smile, motivation
you never give up to keep me and adik survive
you are the best mak.
you always in my heart

Sayang ibu, sayang adik.

Warkah sang abang,
Mohamad Qayyum

1 MAC 1967 – Hari Lahir MAK
14 MAC 1996 – Hari Lahir ADIK

PENGORBANAN SEPERTI HELANG

Friday 6 February 2015



Seberat mana beban itu ditanggung
Kerana ALLAH, pasti akan ada kemanisannya.


“Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa"

Dalam setiap sesi motivasi, kata-kata semangat “Pengorbanan, pengorbanan” pasti akan disebut. Saya pasti bahawa perkataan ‘pengorbanan ini sangat penting. Namun, sejauh mana pengorbanan yang dimaksudkan itu?

Pengorbanan atau kata dasarnya korban membawa makna suatu kerelaan atau tindakan terhadap sesuatu perkara yang membawa maksud tertentu, setiap yang dilakukan itu secara ikhlas dan niat kerana ALLAH.

Secara realitinya, setiap manusia mempunyai hala tuju yang ingin dicapai. Si A menanam impian menginginkan sebuah rumah mewah misalnya, manakala si B pula seorang pelajar, mahu mendapat pointer cemerlang sepanjang pengajiannya. Maka aka nada suatu pengorbanan yang harus dilakukan. Jika si A mahukan rumah, beliau harus bertungkus lumus mencari dan mengumpulkan wang sebanyak mungkin untuk memiliki rumah idamannya. Begitu juga si B, inginkan kejayaan yang cemerlang maka beliau harus mengorbankan masanya menelaah pelajaran.

Pengorbanan itu adakalanya perit, adakalanya memerlukan sedikit sahaja suatu perjkara yang dikorbankan demi mencapai apa yang diinginkan.

Pengorbanan yang dilakukan demi hidup
Walaupun perit, namun tetap dijalani.

Helang merupakan seekor haiwan dalam kategori burung yang kuat dan gagah memburu mangsanya. Mempunyai paruh yang tajam dan kuat. Jangka hayat seekor helang boleh mencapai sehingga 70 tahun! Namun untuk mencapai jangka hayat 70 tahun, seekor helang akan mengalami fasa perubahan fizikal pada usia 40 tahun. Di mana fasa perubahan ini melibatkan pertumbuhan bulu-bulu yang akan menyebabkan ia sukar untuk terbang kerana beban berat bulu yang ditanggungnya. Selain itu, paruhnya juga mengalami pertumbuhan yang mengakibatkan paruhnya mulai tumpul dan menyukarkan aktiviti memburu serta melapah mangsanya.

Kuku kakinya juga mulai tidak kuat untuk mencengkam mangsa. Tika ini seekor helang hanya menunggu saat-saat kematian. Tetapi mereka ini diberi pilihan yang amat menyakitkan iaitu mematahkan paruhnya, mencabut bulu-bulunya dan mencabut kukunya. Diparuhnya akan diketuk di atas batu untuk diasah. Bayangkan kesakitan seekor helang untuk terus hidup. Itulah pengorbanan yang harus dilalui oleh seekor helang.
Jika seekor helang sanggup berkorban untuk kelangsungan hidupnya, mengapa tidak kita? Sebagai manusia yang mempunyai akal, kita harus ingat setiap pengorbanan yang dilakukan ke arah kebaikan pastinya akan dibalas ganjaran oleh ALLAH.

Imam Asy-syahid:
Mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat.


Surah Al-Baqarah: Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan ALLAH), maka ALLAH akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatganda yang banyak.