TARIKH 6 MEI

Tuesday, 7 May 2013


Jam 12.45 Pagi
6 Mei 1993

Maka lahirlah diri ini sebagai makhluk Allah di atas muka bumi ini.

Bermula dari dikendong sehinggalah aku mula berjalan di atas graviti bumi ini, juga sehinggalah aku boleh mencari perjalanan hidup aku sendiri.

Tidak sangka sudah 20 tahun ianya berlalu.

Selama hidup ini, aku tidak pernah membuat sambutan hari jadi dengan meriah. Tiada kek mahupun parti besar. Pada aku ucapan dan sekadar ingat sudah memadai. Kalau tiada pun tidak ku kisah kerana hari-hari ini tetap berlalu dan berjalan seperti kebiasaan. ^^

Apabila sampai tarikh itu, selalunya aku mendiamkan diri sahaja. Tidak suka bermegah. Untuk apa bermegah, akhirnya hanya memalukan diri sahaja. Tetapi ada juga kawan-kawan yang tahu dan perasan. Tanpa aku sedar, ada diantara mereka sudah menyediakan 'perangkap'. Mulanya aku fikir bahawa aku akan terselamat daripada sebarang kemungkinan terjebak dalam 'perangkap' tersebut. Namun, akhirnya aku terkena juga perangkap mereka. Pernah aku dibaling tepung,  di 'make up' dengan bedak sejuk malah dibaling belon air!

Wahh, hebat mereka mengenakan aku. Itulah yang mungkin boleh dijadikan kenangan dalam kehidupan ini.

Kisah hari jadiku di asrama SMKA Bandar Penawar.

6 Mei 2013

Sebelum itu lagi mak dan ayah sudah mengucapkan selamat hari jadi. Terima Kasih!

Tatkala aku membuka laman sosial 'facebook' juga banyak ucapan yang diberikan oleh rakan-rakan. Maklumlah dalam 'facebook' sudah menyatakan perihal hari lahir seseorang.

Apapun terima kasih kepada yang mengucapkannya. Aku amat menghargai ucapan-ucapan tersebut.

Salam ukhwah dari diri ini.