Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

VIDEO-GELAGAT SAHUR

Saturday, 13 July 2013



Assalamualaikum dan salam Ramadhan sahabat-sahabat sekalian.

Di dalam bulan Ramadhan ini perkara pertama yang kita perlu lalui adalah sahur di waktu awal pagi. Malah waktu sebegini adalah waktu yang menyukarkan kita untuk berganjak daripada tempat beradu. Bagi seorang wanita yang bergelar ibu, mereka mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan makanan sahur dan mereka inilah diantara orang-orang yang bangun lebih awal berbanding orang lain.

Dalam situasi sahur di bulan Ramadhan, perkara paling perit ialah mengejutkan orang lain untuk sahur lebih-lebih lagi orang tersebut sukar untuk bangun awal pada hari kebiasaannya. Tentu sekali pelbagai gelagat yang akan mereka pamerkan semata-mata ingin memberi alasan tidak mahu bangun sahur.

Video di bawah ini suka saya ingin kongsikan kerana video ini menceritakan gelagat-gelagat manusia apabila menghadapi waktu sahur.

saksikan.


VIDEO INSPIRASI DAN MOTIVASI

Thursday, 28 March 2013

Assalamualaikum.

Untuk kali ini, saya ingin berkongsi tiga buah video motivasi yang boleh kita jadikan sebagai inspirasi dan contoh terbaik dalam misi menggapai impian.

VM 1

Video yang pertama ini adalah sebuah video mengenai impian seorang pelajar yang sangat tinggi sehinggakan beliau menulis segala impian dan hasrat di atas kertas. Walaupun perlakuannya itu diperlekehkan oleh rakan-rakan sekeliling, beliau yakin dan berusaha untuk mencapai impian yang ditulis. Bagaikan sebuah mimpi apabila satu per satu impian yang ditulis menjadi kenyataan!

Menulis 100 impian dan bagaikan mimpi ianya menjadi kenyataan. Berkat usaha dan doa, Segalanya tidak akan menjadi mustahil.


VM 2

Video yang kedua pula adalah sebuah video mengenai seorang insan yang cacat fizikal tubuhnya tetapi mempunyai hati yang besar. Nick, tidak menjadikan kecacatan yang dialaminya sebagai penghalang kepadanya untuk berjaya setanding dengan insan yang sempurna. Lihat bagaimana beliau membuktikan dirinya boleh berjaya dan bekerjaya.

Jika Nick boleh berjaya, kita? Yakin dan tidak putus asa!


VM3

Video yang terakhir ingin saya kongsikan ini adalah sebuah perjalanan kehidupan kita bermula dari kecil sehinggalah perjalanan kita yang seterusnya, alam kerjaya dan perkahwinan. Video ini telah memberi saya kesedaran mengenai perjalanan kehidupan kita yang kita sendiri pilih sejak dari kecil lagi. Adakah kita sedar?

Saksikan dan nilai sendiri perjalanan hidup anda sekarang dan yang bakal anda lalui.


InsyaAllah mudah-mudahan dengan video-video ini dapat memberi kesedaran, manfaat yang berguna disamping meningkatkan nilai motivasi di dalam diri agar tidak mudah putus asa dalam mencapai kejayaan dan impian.

Kay Qayra Al-Jauhari
dakwatbiruhitam.blogspot.com