Seberat mana beban itu ditanggung
Kerana ALLAH, pasti akan ada kemanisannya.
“Berkorban
apa saja, harta ataupun nyawa"
Dalam
setiap sesi motivasi, kata-kata semangat “Pengorbanan, pengorbanan” pasti akan
disebut. Saya pasti bahawa perkataan ‘pengorbanan ini sangat penting. Namun,
sejauh mana pengorbanan yang dimaksudkan itu?
Pengorbanan
atau kata dasarnya korban membawa makna suatu kerelaan atau tindakan terhadap
sesuatu perkara yang membawa maksud tertentu, setiap yang dilakukan itu secara
ikhlas dan niat kerana ALLAH.
Secara
realitinya, setiap manusia mempunyai hala tuju yang ingin dicapai. Si A menanam
impian menginginkan sebuah rumah mewah misalnya, manakala si B pula seorang
pelajar, mahu mendapat pointer cemerlang sepanjang pengajiannya. Maka aka nada suatu
pengorbanan yang harus dilakukan. Jika si A mahukan rumah, beliau harus
bertungkus lumus mencari dan mengumpulkan wang sebanyak mungkin untuk memiliki
rumah idamannya. Begitu juga si B, inginkan kejayaan yang cemerlang maka beliau
harus mengorbankan masanya menelaah pelajaran.
Pengorbanan
itu adakalanya perit, adakalanya memerlukan sedikit sahaja suatu perjkara yang
dikorbankan demi mencapai apa yang diinginkan.
Helang
merupakan seekor haiwan dalam kategori burung yang kuat dan gagah memburu
mangsanya. Mempunyai paruh yang tajam dan kuat. Jangka hayat seekor helang
boleh mencapai sehingga 70 tahun! Namun untuk mencapai jangka hayat 70 tahun,
seekor helang akan mengalami fasa perubahan fizikal pada usia 40 tahun. Di mana
fasa perubahan ini melibatkan pertumbuhan bulu-bulu yang akan menyebabkan ia
sukar untuk terbang kerana beban berat bulu yang ditanggungnya. Selain itu,
paruhnya juga mengalami pertumbuhan yang mengakibatkan paruhnya mulai tumpul
dan menyukarkan aktiviti memburu serta melapah mangsanya.
Kuku
kakinya juga mulai tidak kuat untuk mencengkam mangsa. Tika ini seekor helang
hanya menunggu saat-saat kematian. Tetapi mereka ini diberi pilihan yang amat
menyakitkan iaitu mematahkan paruhnya, mencabut bulu-bulunya dan mencabut
kukunya. Diparuhnya akan diketuk di atas batu untuk diasah. Bayangkan kesakitan
seekor helang untuk terus hidup. Itulah pengorbanan yang harus dilalui oleh
seekor helang.
Jika seekor
helang sanggup berkorban untuk kelangsungan hidupnya, mengapa tidak kita? Sebagai
manusia yang mempunyai akal, kita harus ingat setiap pengorbanan yang dilakukan
ke arah kebaikan pastinya akan dibalas ganjaran oleh ALLAH.
Imam
Asy-syahid:
Mengorbankan
jiwa, harta, masa, kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat.
Surah
Al-Baqarah: Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman
yang baik (menafkahkan hartanya di jalan ALLAH), maka ALLAH akan
melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatganda yang banyak.
0 comments:
Post a Comment