MAKNA "STUDY WEEK"

Tuesday, 12 March 2013



Apabila berada di penghujung semester, kita akan berhadapan dengan satu minggu khas sebelum menghadapi minggu getir peperiksaan. Minggu ini tidak memerlukan tenaga untuk pergi ke kelas malah boleh dikatakan seminggu itu kita mempunyai banyak masa lapang dari seawal pagi hinggalah lewat malam. Dalam kalangan warga Universiti dan mungkin juga Matrikulasi, minggu ini dikenali sebagai minggu "study week".

           Namanya sudah melambangkan makna iaitu minggu untuk belajar sebelum menghadapi peperiksaan. Dalam minngu ini, pelajar diberikan kebebasan untuk mengulang kaji subjek yang telah dipelajari sepanjang hari-hari kuliah. Kebiasaan dan realitinya, tidak semua topik yang di ajar oleh pensyarah di dalam kelas dapat diikuti oleh pelajar. Begitu juga dengan saya. Lebih-lebih lagi pelajar yang aktif dengan kegiatan sukan, kemasyarakatan dan mengikuti program yang dianjurkan oleh mana-mana pihak, semestinya banyak kelas yang tidak dihadiri dengan bersebab. Oleh itu, sebagai gantinya, minggu "study week" inilah minggu yang diperuntukkan untuk belajar semula topik-topik yang tertinggal.

           Sebagai seorang pelajar dalam konteks remaja, minggu "study week" ini selalunya ditafsirkan dengan banyak makna berbeza. Kita lihat pendapat pelajar mengenai "study week":

PELAJAR A
"Study Week" adalah minggu untuk bergembira dengan kawan-kawan. Ye lah, susah nak keluar berjalan semasa minggu kuliah. Pagi, petang sampai ke malam ada kelas. Hujung minggu pula ada aktiviti yang wajib kena pergi.

PELAJAR B
Minggu ini adalah minggu untuk saya membuat "revision" dan belajar semula topik yang saya tidak faham. Waktu ini jugalah waktu yang terbaik untuk membuat konsultasi dengan pensyarah.

PELAJAR C
Pada saya waktu ini adalah waktu untuk menggantikan waktu tidur saya sepanjang musim perkuliahan. Sepanjang perkuliahan, saya tidur lewat malam malah kadang-kadang tidak tidur langsung semata-mata nak menyiapkan "assignment", soalan "tutorial" dan bermacam-macam lagi.

PELAJAR D
Minggu untuk berehat. Maklumlah saya banyak ikut aktiviti persatuan dan dalam masa yang sama kena kuliah sebab akademik itu penting. Jadi minggu ini adalah minggu untuk otak saya berehat.

          Mungkin banyak lagi pendapat mengenai "study week" ini. Natijahnya ia terpulang kepada diri masing-masing bagaimana anda mentafsirkan dan menggunakan minggu "study week" ini dengan berkesan. Perancangan yang baik akan menghasilkan sesuatu yang pastinya baik.

0 comments:

Post a Comment