#KE-17 - UNTUK ADIKKU SYABIL

Thursday, 14 March 2013



Gambar bersama mak yang tersayang sewaktu di Melaka.

"Jadilah insan yang berguna untuk orang disekeliling kamu"

Tanggal 14 Mac 1996. Itulah tarikh yang bermakna kerana bertambahnya seorang lagi penyeri dalam keluarga. Aku tidak lagi keseorangan dan mempunyai teman. Diberikan nama Mohamad Syabil Bin Shamsudin oleh kedua ibu bapaku, dialah menjadi "sahabat" sehingga kini. Menjadi squad beregu untuk menjaga mak setelah ketiadaan ayah.

         Aku amat kagum dengan sosok adikku ini yang mempunyai prinsip 'happy go lucky' dalam kehidupannya. Sejak dari kecil dia hanya menyimpan rasa pahit dan kesedihan dalam dirinya. Dia jarang merungut walaupun aku tahu adikku ini jenis kuat merajuk dan agak sensitif. Dalam keluarga kami, dialah yang paling ceria dan pemeriah apabila keluarga kami kesunyian. Walaupun kuat loyar buruk, tetapi itulah kelebihan yang ada dalam dirinya untuk berhadapan dengan orang lain. Dia tidak malu dengan sesiapa sahaja. Tidak malu untuk membantu orang lain. Aku kagum dengan itu semua. Itulah adikku yang ku sayang.

        Sejak aku memasuki sekolah berasrama, dialah yang menjadi peneman duka lara mak. Dialah yang banyak membantu mak. Orang yang banyak mendengar segala masalah yang mak hadapi. Aku bangga mempunyai adik yang seperti ini. Berbeza dengan aku, kehidupannya sangat terdedah dengan situasi yang tidak sepatutnya di sekeliling. Mat Rempit, hilang agama, dan sebagainya. Secara logik sebagai seorang remaja, kita akan mudah terikut dengan situasi terdedah sebegini. Tetapi aku hairan dia bukan seperti itu. Tidak terikut malah membuat halnya sendiri tanpa memikirkan apa yang terjadi disekeliling. Sedang rakan-rakannya yang sebaya cuba berjinak-jinak dengan rokok dan hidup bebas, dia tetap dengan dirinya yang dulu. Itulah adikku.

SELAMAT HARI JADI ADIK!

Seorang seorang abang, aku berharap adikku tetap menjadi seperti adikku yang sekarang. Sentiasa menjaga dirinya dan tidak mudah terpengaruh dengan perihal sekeliling yang boleh merosakkan dirinya. Walaupun aku bukan seorang abang yang baik untuk dirinya, tetapi aku berharap agar adikku tetap menjaga mak tanpa rasa lelah dan merungut. Dan terus berusaha untuk berjaya. Selamat adikku!

Khas dari abang.


0 comments:

Post a Comment