DIARI 360% - CHAPTER 1

Tuesday 3 December 2013



Diari - Catatan Hari-hariku



PENDAHULUAN

Mungkin agak lama saya tidak update blog ini. Namun bukan bermakna saya berhenti menulis. Dalam jangka masa yang agak lama ini, saya tergerak untuk mewujudkan ruangan Diari 360% ini. Diari 360% ini merupakan perkongsian daripada saya selaku penulis amatur. Dalam perkiraan matematik, sudut 360% adalah sudut lengkap bagi sebuah bulatan. Signifikasi yang saya ingin bawakan dalam Diari 360% ini sebenarnya berkisarkan tentang pengalaman yang dilalui oleh penulis di sekitarnya. Bagi saya, setiap manusia mungkin boleh melihat satu situasi yang sama, namun mereka masing-masing mempunyai intrepretasi yang berbeza. Sebagai contoh, jika dua orang diberikan satu gambar mengenai nasi goreng, saya pasti masing-masing akan memberikan pendapat yang berbeza.

A : Nasi goreng ini macam kosong je. Tak ada sayur.

B : Kedai makan mana yang jual nasi goreng ni?

            Atau mungkin pendapat yang lain. Begitu antara saya dengan anda. Sukar untuk mencari seseorang yang mempunyai pandangan yang sama dalam sekelip mata (synchronize). Dalam kajian spontan saya dalam kelas, pensyarah memberikan soalan berkenaan penyelesaian masalah dan jawapan yang diutarakan adalah ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Walaupun ramai yang mengatakan ‘Ya’, apabila ditanyakan tentang pendapat kepada penjawab ‘Ya’, pendapat mereka berbeza. Paling tidak pun lebih kurang sama sahaja.

BULAN LEPAS...

17 November 2013
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Bermula semester baru. Pejam celik sudah memasuki fasa ‘prima facie’ atau pertengahan dalam pengajian undang-undang yang ku lalui. Semester 6 yakni semester akhir. Namun aku menyatakan ini fasa pertengahan kerana fasa ini adalah fasa kehidupan diriku sebelum ini sewaktu mula-mula memasuki alam universiti dan fasa ‘suprise’ untuk aku mengetahui apa yang akan berlaku selepas ini. Mungkin aku akan kerja. Mungkin sambung ijazah sarjana muda. Atau mungkin juga kerja separuh masa sambil belajar. Jika dalam Subjek Undang-undang Pembuktian menyatakan bahawa fasa ‘prima facie’ adalah fasa pertengahan sebelum tertuduh mengemukakan sebarang bukti, maka apa yang ku tulis ini adalah intrepretasi aku terhadap ‘prima facie’.

            Wah! Tergamam sewaktu melihat jadual semester kali ini yang sangat padat. Akhir kelas rata-rata jam 7 petang. Cecah waktu maghrib. Setelah diterangkan mengapa sebegitu, rupa-rupanya pensyarah yang mengajar subjek-subjek pada petang itu merupakan peguam yang menjadi pensyarah separuh masa (part-time). Tidak hairanlah kelas petang itu berakhir jam 7 petang. Hebat juga peguam itu. Sehariannya hanya menghabiskan air liur di dua tempat yang berbeza. Mahkamah dan kelas kami.

            Kali ini aku cuba ubah jadual aku sendiri. Setiap kali sebelum pergi ke kelas, aku akan singgah di blok asrama rakan-rakan kelasku yang lain. Al-kisahnya bermula apabila aku menginap di blok asrama yang jauh daripada mereka. Ibarat utara dan selatan. Lebih menyedihkan aku seorang sahaja yang terpisah. Pengubahan jadual aku ini sebenarnya boleh dianggap sebagai seseorang yang dahulu lupa kawan, sekarang baru ingat kawan. Ayat biasa yang ku dengar. Ku akui sebelum ini aku yang mementingkan diri. Apatah lagi sewaktu memegang jawatan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar. Apabila di ajak keluar, aku menolak. Ada juga aku mengikuti, namun ku tahu aku adalah ‘last option’ bagi mereka. Tidak mengapa. Itu adalah khilafku.

            Walaupun begitu, tidak sedikit aku merasa kecil hati kepada mereka. Padaku mereka tidak bersalah. Seorang pegawai pernah memberikan aku ceramah percuma. Kata-katanya amat member kesan dalam diriku. “Kalau awak tak dapat sokongan, jangan salahkan siapa-siapa. Fikir dulu mungkin sebelum ini awak sendiri pernah menjauhkan diri daripada mereka.”

            Lumrah lah jika jadi sebegitu rupa. Jika ada yang mengata belakang, membuat mimik muka atau ekspresi sebagainya adalah hasil aku sebelum ini. Sahabat-sahabat. Aku minta maaf dan minta ampun dengan kekhilafan aku sebelum ini. Maaf Dari Hati seorang manusia yang hina ini.

            Hari-hariku diiringi dengan cuaca yang sentiasa berubah. Jika rakan-rakan yang lain mengambil masa hanya 10 minit untuk bergerak ke kelas, maka aku akan mengambil masa setengah jam lebih awal supaya aku dapat singgah dahulu ke bilik mereka dan gerak bersama-sama. Mungkin ini hasil pengajaran yang ku perolehi.

            Apabila kelas berakhir jam 7 petang atau mungkin awal sedikit daripada itu, aku terfikir seperkara lagi. Usrah Kelab Pemikir. Allah! Usrah selalunya bermula jam 5.30 petang dan habis jam 6.45 petang setiap hari rabu. Maka aku mengambil langkah jika habis kelas awal pada hari itu, aku akan terus menuju ke tempat usrah walaupun usrah sudah sampai ke penghujungnya. Asalkan aku dapat mendengar sepatah ayat daripada ahli usrah sudah memadai. Jiwa aku lemah syeikh. Aku perlukan ‘tiang sokongan’ untuk tegakkan kembali kelemahan itu. Usrahlah salah satu medium yang aku perlukan. Dalam usrah aku dapat melihat wajah-wajah insan yang sangat dahagakan ilmu selain dalam kelas.

            Kali ini aku perlukan lebih kekuatan untuk terus berubah ke arah yang lebih baik.

...Bersambung....


0 comments:

Post a Comment