Dua tona warna berbeza.
Ah! gelapnya.
Namun ini bukan tanganku.
Kelihatan seperti ini yang ku maksudkan.
AKU membuka jam tangan yang terpasang di
tangan kiri. Aku mengecilkan anak mata memerhati objek yang ku tatap. Lengan
kiri yang mempunyai dua ton warna; kuning dan coklat gelap. Ah! Berbirat pulak
dah. Semuanya kerana panas yang ku redah setiap hari. Sejurus aku
menyingsingkan lengan baju ke atas. Kesan yang sama. Lenganku coklat gelap,
siku hingga bahu kuning tona warnanya. Pada hemat internet, juga hemat pakar
kecantikan, bukan aku, kuning tu dikira cerah. Macam iklan Garnier White
diaktorkan oleh Lisa Surihani yang selalu mengacau mood tika menonton drama
plastik melayu; Ambil penanda tona warna dan tunjuk tanda dua: Cerah, putih
berseri bak hang. Iklan Fair & Lovely – lazimnya dibintangi pelakon
berbangsa India – juga menunjukkan kulit mereka boleh cerah dengan produk itu.
Ok, aku sedar kulitku makin gelap.
Hakikatnya kulitku memang sudah sedia coklat tetapi masih warna normal Asian.
Namun, kian lama terdedah cahaya matahari, coklat itu semakin gelap. Seperti
Chocolate biasa yang aku makan dengan Dark Chocolate, ketara perbezaan
warnanya. Nampaknya hilanglah market aku lepas ni (perasan). Aku merenung lagi
lingkaran perbezaan warna hasil tekapan jam tangan. Kulit yang dilitupi jam
tangan masih kekal warna asal. Aku mengeluh ringan. Itu baru kulit. Terkena
cahaya matahari sudah bertukar warna. Kulit objek yang nyata syeikh. Aku
terfikir. Bagaimana dengan subjektif atau tak nampak dengan mata kasar. Seperti
hati?
Beberapa tahun kebelakang, aku pernah
berdiri di tengah padang dengan hanya berpayungkan Raja Segala Panas Cakrawala
– Matahari. Terlupa nak nyatakan waktu itu aku sedang menyertai pertandingan
kawad Kadet Remaja Sekolah (KRS) daerah. Dengan hanya bertopikan beret senget
ke kiri, aku dan rakan-rakan sepasukan meredah kepanasan berlatih dan berlatih
hingga ke hari pertandingan. Usai pertandingan, aku membuka beret. Seorang
rakan gelak besar melihat wajahku. Berlaku perbezaan tona warna yang ketara
pada wajah. Bayangkanlah, dilitupi warna coklat gelap, tiba-tiba dahiku masih
seperti asal; coklat cair. Tidak! Malunya aku! (jangan ingat lelaki tidak
pentingkan kecantikan wajahnya seperti mana perempuan mencuci dan make-up wajah
mereka).
Contoh sahaja.
Perumpamaan bagi hati yang sudah gelap.
Organ manusia terdapat hati. Organ
homeostasis yang berfungsi menyimpan glikogen, dan menyahtoksikkan dadah. Dah
lama tinggalkan subjek biologi. Review sikit-sikit. Hati yang satu ini juga
objek. Nyata kewujudannya. Boleh nampak kalau dikeluarkan. Aku terfikirkan hati
yang disebut QALB (qalbun jika di-pronounce dalam bahasa arab). Hati yang ini
subjektif. Tak nampak dengan mata kasar. Mana ada orang boleh keluarkan qalbun
ini depan mata. Hati yang ini dilihat melalui perspektif yang lain. Haa, kenapa
tiba-tiba aku nak kaitkan dengan kulit aku yang kian gelap, berbirat – kaitkan
dengan organ manusia? Aku hanya terfikir. Masih lagi merenung tangan. Tangan
diangkat tinggi dan dibelek-belek. Gelap-gelap juga, asal jangan legam
sudahlah. Susah kawan nak kenal.
Gelap. Kulit yang gelap disebabkan
sinaran cahaya matahari yang membakar dan mengubah ton warna. Menjadi gelap
keseluruhan, berbirat, berbelang-belang, ataupun gelap dikawasan tertentu
sahaja. Tona warna yang bercampur aduk ini tidak akan kekal begitu selamanya. Masih
bisa sekata dan tidak berbelang seperti sebelumnya. Namun bergantung kepada
tuan punya muka itu sendirilah. Nak cepat, guna pencuci muka setiap hari. Nak
lambat? Biarkan saja. Seperti itu juga hati. Terdetik jauh di sudut pemikiran,
hati (Qalb) ini tidak zahir. Namun selalu diterangkan hati akan hitam jika
bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan akan membentuk
bintik-bintik hitam di dalam hati. Persoalannya, nampakkah zahir qalb itu? Tak nampak
kan. Aku bukan nak persoalankan kewujudan kerana aku percaya dan yakin dengan
Rabb. Tetapi ingin aku kaitkan, gelapnya kulit yang zahir masih bisa kembali
kepada tona sekata. Mahu cepat? Ada solusi. Mahu lambat? Biarkan saja. Begitu
juga qalb. Bintik-bintik hitam yang terbentuk kerana dosa itu boleh
dihilangkan. Bukan dengan produk kecantikan. Namun dengan amal kebaikan dan
taubat. Banyak buat kebaikan maka cepatlah hitam itu hilang. Tapi bezanya, jika
dibiarkan tanpa taubat, hitam itu tetap ada. Risaunya bertambah pula.
Gelap. Masih tentang gelap. Hati (organ
manusia) menjadi gelap disebabkan beberapa faktor yang menghalang hati
menjalankan fungsi hariannya. Mungkin juga overdose. Senang kata misalan
penghisap rokok. Pernah lihat video-video yang menayangkan kesan rokok dihisap?
Bukankah hatinya menjadi hitam setelah diautopsi? Aku membayangkan bahawa
sesuatu yang nyata telah memberikan kesan kepada yang nyata. Suatu yang zahir
telah memberi impak kepada yang zahir juga. Rokok itu zahir pada pandangan dan
sentuhan. Asapnya juga zahir. Dan implikasinya? Hitam pada hati tampak zahir.
Aku pernah menyaksikan melalui video Youtube betapa hitamnya hati yang telah
‘dikotori’ dengan asap rokok. Walau jasad hidup, hati seolah mati. Macam
rentung. Macam tu jugalah qalb apabila ‘dikotori’ dengan dosa kan? Gelap. Indikator
di sini, penyebab organ itu hitam kerana asap rokok. Mata masih boleh melihat,
hidu asap rokok yang berkepul-kepul. Kita sedar kehadiran asap. Bagaimana
dengan penyebab qalb menjadi gelap dan hitam? Walau kita sedar itu adalah dosa,
namun kita tidak nampak kehadirannya. Tidak nampak kesannya. Tidak hairan
manusia seronok melakukan dosa. Berulang-ulang kali. Jujur aku juga tidak
terlepas. Sebab itu aku terfikir.
Aku hanya mampu menadah tangan ini
berdoa pada Yang Esa agar qalb ini tidak menjadi gelap. Berdoa dan bertindak.
Mataku masih menatap lengan yang gelap. Hari juga mulai gelap.
Lokasi: Bilik di sebuah Institusi Pantai
Timur (IPT).
2 comments:
1. eh?mn ada kalau cuci muka setiap hari, boleh cepat cerah, klu gitu, awk selalu ker mencuci tgn yg agak gelap berbanding lingkaran jam tu nak putih?try buat eksperiment, berapa hari yg diperlukan utk putihkan tgn tu??
pssstt..klu gitu, org yg putih xley cuci muka setiap hari..nnti jadi transparent terus kan..
2. hati yg gelap, secara zahir, dpt dilihat melalui autopsi, tapi hati hati yg gelap secara tersiratnyer, dapat dilihat melalui tindak tanduk dan percakapannyer kan2
walaupun mngambil mse..ttap masih boleh dicerahkan kan.huhu..
Post a Comment