Membaca itu bebankah?
Pembaca mempunyai faedah?
Sudah tentu!
MEMBACA. Hampir setiap masa kita akan
membaca. Tidak kiralah apa jua jenis pembacaan selain buku. Sebagai contoh,
jurnal, akhbar, media sosial, artikel dan lain. Anda juga seorang pembaca. Itu
sudah pastinya.
Membaca secara tidak langsung akan
memberikan pelbagai maklumat baru kepada kita berdasarkan topik yang diberikan
penekanan. Buku sains kesihatan sudah tentulah akan memberikan kita serba serbi
maklumat mengenai kesihatan. Begitulah buku-buku yang lain.
“Sel-sel otak mula berhubung.”
Selalu dengar ayat iklan tersebut? Sel-sel
otak akan berhubung apabila menerima maklumat. Otak pun berfungsi dengan baik
jika kita berfikir. Membaca dapat membantu mengelakkan otak daripada rosak
akibat tidak digunakan untuk berfikir dan menerima maklumat.
Seorang pembaca mempunyai pelbagai
ragam. Pernah atau tidak anda hanya membaca satu-satu topic sahaja, apabila ada
buku yang berkisar topic lain disebelahnya, anda hanya memandangnya sebelah
mata? Sejujurnya saya juga pernah mengalami situasi sebegitu. Malah, membuka
satu muka surat sahaja lantas menutupnya semula. Pembaca sebegini harus
berubah. Anda, saya perlu menjadi seorang pembaca yang baik.
adakah anda seorang pembaca yang baik?
Bagaimana?
Jadilah pembaca yang mempunyai
kepelbagaian dalam pembacaan. tidak hanya tertumpu sahaja. Adakalanya perlu
jika membuat suatu kajian dan pemerhatian.
Jadilah pembaca yang ramah. Menerima
pembacaan orang lain tanpa mewujudkan sebarang perasaan negatif orang lain.
Lebih baik kita sentiasa mendekati mereka dan berkongsi pembacaan anda di
samping menerima hasil pembacaan orang lain. Ingat! Setiap pembaca mempunyai
pendapat yang berbeza.
Jadilah pembaca yang positif. Kadangkala
buku yang berada di hadapan kita mempunyai judul yang agak klise dan tidak
menarik minat. Jangan sesekali terlintas:
“Siapa nak baca buku macam ni.”
“Buku macam ni tak membina minda.”
Hal ini kerana, kita belum tahu isi
kandungannya. Suatu hukuman telah dijatuhkan tanpa diketahui sebab musababnya.
Hindari sifat sebegini.
Jadilah pembaca yang menghargai hasil
kerja orang lain. Sewaktu membaca, pelbagai spesifikasi dan pendapat akan
timbul dari minda kita terhadap karya seseorang. Fikirkan susah payah mereka
menyiapkan karya untuk dikongsikan kepada kita. Sedangkan kita yang membaca
belum tentu mampu menghasilkan karya seperti mereka. Usah hanya menilai membuta
tuli.
Akhir sekali, jadilah pembaca yang tidak
jemu untuk membaca dan terus membaca. Tidak kira apa jua jenis pembacaan, garap
ilmu hasil pembacaan untuk mendapatkan nilai murni dan sebaiknya dijadikan
moral dalam kehidupan. Sedangkan Allah menyuruh Rasulullah membaca malahan
diturunkan sebagai wahyu pertama.
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu
yang menciptakan.” – Surah Al-Alaq : 1
Oleh itu, mari sama-sama kita tingkatkan
pembacaan kita. Semoga perkongsian dari saya ini berguna. InsyaAllah.
Ditulis Oleh:
Mohamad Qayyum Shamsudin
0 comments:
Post a Comment