Dua pengalaman berbeza telah saya
lalui. kedua-duanya mempunyai intipati yang sama pada mata pandangan
kita semua. Adakah mereka mempunyai masa hadapan? Itulah yang bermain di
fikiran kita. Betul? Pengalaman pertama yang saya lalui sewaktu saya
ditugaskan sebagai fasilitator di sebuah sekolah yang luar biasa.
Sekolah yang diberi nama Sekolah Tunas Bakti (Perempuan). Pelajar yang
masuk di situ adalah di bawah perintah mahkamah juvana. Mereka dikawal
oleh polis seketatnya. Tidak ada sedikit kebebasan pun untuk mereka
melihat dunia luar apatah lagi berjinak dengan keadaan semasa seperti
kita. Walhal mereka hanyalah kanak-kanak dan remaja yang ingin merasai
kenikmatan dunia. Saya dapat simpulkan pandangan orang luar mengenai
mereka:
1. Mereka tidak ada masa hadapan langsung.
2. Mereka hanya menyusahkan orang lain.
Hakikatnya
mungkin benar. Mereka terlibat dengan kesalahan tertentu malah di bawah
umur dan ditempatkan disitu. Dikawal ketat oleh polis. Kawasan sekolah
berpagarkan kawat berduri setinggi rumah kedai. Terasing pula dengan
persekitaran luar. Program yang diadakan merupakan rentetan dari program
sebelumnya
yang pernah diadakan. Kami cuba untuk menyelami
sebenarnya impian dan cita-cita mereka. Awalnya sangkaan kami bahawa
mereka hanya mahu bebas tetapi apa yang kami dapati sangat mengejutkan.
Saya hanya menjalankan arahan sebagai pembantu sistem komputer. Tak
sangka ada diantara mereka yang bersungguh ingin meminta saya menyalin
kalimah-kalimah zikir yang berkumandang. Siapa kata mereka tiada akhlak.
Apabila berada dalam kumpulan, saya memainkan peranan sebagai penggalak
kepada mereka untuk bersungguh-sungguh menghadapi peperiksaan yang
bakal mereka hadapi. Mereka masing-masing mempunyai impian yang sangat
tinggi. Ada yang ingin menjadi peguam, menyambung pelajaran di pusat
pengajian tinggi. Realitinya mereka ada impian, ada cita-cita. Cuma kita
yang disekeliling selalu pandang remeh. Realiti sebenarnya Ibu Bapa
mereka yang menghantar
mereka ke situ padahal mereka ini masih boleh dididik, diasuh. Tanggungjawab dilepaskan begitu sahaja.
Pengalaman saya yang kedua saya lalui agak berbeza walaupun
persekitaran lebih kurang sama. Rumah Taman Sinar Harapan. Disinilah
kanak-kanak yang istimewa ditempatkan. langkahan kaki yang pertama
terpancar keriangan mereka menyambut saya dan rakan-rakan. Kami ceria di
luaran tapi sayu di dalaman. Seronok melihat mereka aktif bermain
tetapi sayu melihat kehipan mereka yang langsung tidak bebas. Orang luar
memandang remeh pada mereka. Sedih manusia hari ini. Sedih. Jangan kita
hanya menilai pada luaran tapi pandanglah dari semua sisi supaya kita
dapat melihat dunia sebenar mereka.
Hadiahkan Al-Fatihah untuk seorang penghuni yang telah meninggal dunia. Mereka dijamin syurga. Bagaimana kita?
Hadiahkan Al-Fatihah untuk seorang penghuni yang telah meninggal dunia. Mereka dijamin syurga. Bagaimana kita?
0 comments:
Post a Comment