Tatkala aku memandang mereka, Aku merasa kekerdilan, Kerana aku hanya insan tiada hala tujuHanya mendengar dan mengikut Terkapai keseorangan terdampar kesepian
Tidak seperti mereka Penuh ilmu di dada idea sentiasa terjana Keyakinan mereka paksi kepimpinan Pengalaman mereka tunjang keutuhan Itulah mereka ada tidak padaku
Tatkala aku kelaparan kekuatan Mereka suapkan kuah keyakinan Tatkala aku dahagakan pengalaman Mereka hirupkan jus asas tujuan Sedikit demi sedikit aku bangkit
Jika hari esok aku pergi, Dengan namaMu aku memohon Engkau salurkan mereka dengan jiwa ketaqwaan Agar mereka tidak leka dan alpa dalam menjadi contoh dunia Biar mereka terpimpin dalam kepimpinan
Andai aku tersungkur dahulu Ku pohon agar impian mereka terbina Matlamat mereka wujud dalam warni-warni keindahan Ikatan mereka kuat seperti kuatnya ikatan tali Ukhwah mereka kekal seperti kekalnya kekasih hingga ke pelamin
Bila aku tinggal nama, Ku rayu agar mereka lahir sebagai wacana ilmuwan Ku pinta agar mereka menjadi insan yang berkualiti Menjadi yang terinspirasi dan dikenang kerjanya Bukan kerana nama tetapi kerana jasa.
Meminati bidang penulisan sejak dari bangku persekolahan. Penulisan di dalam blog ini merupakan cetusan ilham daripada penulis melalui kehidupan sehariannya. Penglihatan dunia di hadapannya diinterpretasikan dalam bentuk perkongsian. Mempunyai visi memastikan orang-orang disekelilingnya positif dan senyum sepanjang kehidupan mereka. Segalanya dengan izin Yang Maha Esa.
0 comments:
Post a Comment