بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ
، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ
أجْـمَعِيْنَ .
Ya
Allah ,Ya Ra'ufurrahim ,
Kami
merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu bersempena dengan Majlis Penutupan Minggu
Mesra Siswa Universiti Sultan Zainal Abidin Sesi 2013/2014 pada malam ini.
Ya Allah , Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu
Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,
Semoga perjalanan Minggu Mesra Siswa ini tidak menjadi pengakhiran
kepada sebuah ikatan ukhwah yang dibina sepanjang Program ini berlangsung.
Sesungguhnya ukhwah yang dibina itu adalah senjata mengukuhkan perjuangan agama
Islam.
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami
ini) , Mahasiswa/wi yang berada di hadapan ini akan menjadi pelajar yang
cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek
akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang
berjaya di dunia mahupun di akhirat. Sepuluh jari ini jua menadah memohon agar
kau sentiasa memberikan ilham dan membuka minda kami supaya kami menjadi
mahasiswa yang intelektual, berfikiran luas dan positif serta kontemporari
seiring dengan syariat Islam.
Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah
diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ
أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا
غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
0 comments:
Post a Comment