Sajak ini terlintas dari atma ku sahaja.
Bukan bersifat proletar.
Tetapi mungkin anda boleh fikirkan.
Kau
Penjudi!
Kau
heboh kau itu berkuasa
Katanya
berjuang demi marhaen
Tetapi
kenapa kami masih menderita?
Kau
Penjudi!
Ceritanya
kau banyak pengorbanan
Di
mana sekeliling mengetahui
Kau
proklamir untuk perubahan
Tetapi
kenapa emansipasi kami dipertaruhkan?
Kau
Penjudi!
Bukan
pemain kad tarot
Bukan
jua ahli gapla
Tetapi
ahlil egosentrik
Kau
Penjudi!
Duit
bukan perdana percaturan
Kemenangan
tidak menjadi santapan
Tetapi
nasib manusia yang dipertaruhkan
Kau
Penjudi!
Ku
ingin peringatkan
Janganlah
kau terus berjudi
Jangan
nyawa kau jadikan taruhan
Ku
takuti
Bukan
kemenangan yang kau genggam
Tetapi
seribu penyesalan yang tidak berkesudahan.
Tulisan:
Dakwat Biru
0 comments:
Post a Comment