2014
Azam baru?
Azam lama?
Tiada azam?
Selamat Tahun Baru!
Happy New Year!
Sanah Jadidah Sa’idah!
Walau sudah beberapa hari berlalu, namun
kita masih lagi berada di dalam kehangatan tahun baru. Bertambah usia, berlaku
perubahan status daripada bujang kepada ‘in relationship’, perubahan
diri dan pelbagai lagi. Dalam penulisan ringkas tahun baru ini, saya ingin
berkongsi kepada anda semua perkara-perkara yang sepatutnya kita fikir apabila
masuk sahaja tahun baru.
Pada penulisan yang lepas, saya telah
highlight kan beberapa perkara yang perlu untuk muhasabah diri. Apabila kita
telah bermuhasabah diri, refreshing atau reflection (refleksi
diri) dan bertaubat kepada Allah malahan juga maaf-memaafi antara sesama manusia,
kita perlu juga fikirkan perkara yang akan kita lakukan pada tahun hadapan
(tahun ini) bukan? Selesai refleksi, adakah kita mahu berada di takuk yang
lama? Pastinya kita ingin berubah ke arah yang lebih baik bukan?
AZAM Saya tahun ini............
Saya berazam untuk...............
Tahun ini saya ingin...............
Azam. Azam bermakna kemahuan. Azam tahun
baru beerti suatu kemahuan yang kita ingin tunaikan pada tahun ini dengan
jayanya. Ayat di atas sudah menjadi klise apabila menjelang tahun baru.
Pelbagai kemahuan yang diingini dengan harapan ianya tertunai. Tidak kiralah
ianya nyata atau pun tidak. Sebagai contoh, berazam menginginkan rumah,
kejayaan dan sebagainya. Namun berapa ramai yang berazam inginkan perubahan
(Taghyiiri) ke arah yang lebih baik, bertaqwa kepada Allah, mencari ilmu
sebanyak-banyaknya dan meningkatkan iman? Jika ada terniat atau berazam pada
tahun-tahun sebelumnya, adakah sudah tertunai?
Azam itu bukan janji atau manifesto yang
wajib ditunaikan. Namun adakah wajar kita mengganggap azam itu sambil lewa
sahaja? Tidak sahabat-sahabat. Anggaplah
azam itu sebagai impian kita yang perlu kita kecapi dan capai dengan jayanya. Jika
tidak, azam anda itu hanyalah perkara yang sia-sia.
“Yang bulat tidak datang bergolek, yang
pipih tidak datang melayang”
Berazam ingin memiliki sebuah telefon
bimbit katakan, tetapi empunya keinginan malas kumpul duit, malas buat survey
harga dan sebagainya-bertemankan alasan-ibarat menunggu bulan jatuh ke riba,
sampai bila-bila sukar untuk memilikinya. Walau dapat sekalipun, dia tidak akan
dapat serupa dengan keinginannya.
Pada pandangan saya, kita telah
menjalani sebuah kembara sepanjang kehidupan kita. Bermula sejak lahir
hinggalah berada pada tahap ini. Kembara yang saya maksudkan ialah KEMBARA
ILMU, IMAN, dan TAQWA. Tiga perkara yang seiring dengan perjalanan kehidupan
kita. Malahan tiga perkara ini juga mengalami tahap penerimaan sesuai dengan
tahap evolusi kita. Sejak kecil kita sudah diterapkan dengan ilmu oleh kedua
ibu bapa kita untuk mengenal dunia. Keluar dari perut ibu, ilmu pertama yang
kita perolehi ialah AZAN dan IQAMAT.
Dalam usia yang belum mummayiz, kita
sudah didedahkan dengan siapa Tuhan kita. Ayah dan ibu tidak berkata secara
langsung Allah tuhan kita, tetapi perlakuan mereka; ajar makan baca doa, bawa
ke masjid, ikut marhaban, ikut angkat takbir dan sebagainya. Mereka sudah
mengajar kita iman (yakin dan percaya) kepada Allah.
Perihal taqwa, ayah dan ibu selalu
mengingatkan kita jika buat salah, Allah marah. Pernah tak merasai pengalaman
begitu? Cerita tentang dosa dan pahala, di sekolah juga di ajar sehingga kita
takut kepada seksaan Allah jika berbuat kejahatan. Percaya ganjaran jika
berbuat kebaikan.
Saban hari, meningkatnya usia kita maka
perkara-perkara ini juga perlu meningkat seiring agar kembara yang kita lalui
ini bukanlah sebuah kembara yang sia-sia. Pengarah JAKIM pernah bertanya kepada
saya:
“Ustaz nak tanya pada kamu, apa yang
kamu dapat dalam program ini dan hidup kamu?”
Maka ketika itu saya menjawab, “Alhamdulillah,
saya dapat ilmu-ilmu baru ustaz.”
Lalu ustaz itu pun berkata, “Bukan ilmu
sahaja yang kamu perlu dapatkan. Ingat tiga perkara ini, ILMU, IMAN, dan TAQWA.
Juga keredhaan daripada Allah.”
Jika berbuat sesuatu kerana ingin
mendapatkan Allah, ilmu yang dicari itu tidak akan hilang malah berguna kepada
diri dan orang disekeliling jika disebarkan. Iman kita kepada Allah tidak turun
malah sekata atau meningkat keyakinan dan kepercayaan terhadap janji-janji
Allah. Kita juga takut untuk melakukan kemungkaran dengan ilmu yang ada dan
juga terhindar daripada sifat-sifat mazmumah; riak, ujub, takbur dan
sebagainya.
Begitu juga dengan azam yang kita katakan
pada tahun baru ini. Apa jua azam kita, pastikan ianya kerana Allah. Kecuali azam
itu memang diyakini bukan sesuatu yang baik. Semoga dengan azam yang tercipta
ini dapat membentuk diri kita ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.
2 comments:
assalammualaikum :)
done follow.. syukran masih di beri nafas untuk bersama keluarga sehingga harini.. :P
keep in touch ya...
Afwan.. :D
Post a Comment