SURAT UNTUK MAK

Sunday 10 March 2013





Ke hadapan mak yang dikasihi,

Apa khabar mak? Abang harap mak sihat selalu. Tak sakit-sakit macam dulu. Abang tulis surat ini sebab abang nak luahkan segalanya sebab bila abang berbual dengan mak melalui telefon, abang lebih banyak senyap jadi abang rasa surat adalah yang terbaik.

             Di sini, abang nak ucapkan terima kasih sebab mak sanggup melayan kerenah abang dan adik daripada kecil sehinggalah abang seperti ini. Abang terharu bila terkenang kembali saat mak menjaga kami dua beradik tanpa kasih sayang seorang ayah. Maklah yang menjadi ayah kepada kami. Bertungkus lumus mencari rezeki untuk kami supaya kami dua beradik tinggal ketinggalan dalam pelajaran. Mak selalu cakap pada kami supaya bersungguh-sungguh agar kami dapat membantu keluarga dan dapat kerja yang bagus. Abang tak pernah lupa pesan mak tu.

             Abang nak minta maaf dan keampunan daripada mak selama mak membesarkan abang dan adik, ada sahaja perbuatan abang yang menyebabkan mak kecil hati. Abang selalu buat mak susah hati dengan perangai abang. Abang bergaduh dengan adik, kadang-kadang abang tak dengar cakap mak. Masa tu juga mak menangis. Sejujurnya abang tak ada niat untuk buat mak menangis. Abang tahu abang yang bersalah. Abang minta maaf mak sebab abang tak menjadi seorang anak yang baik seperti mak harapkan.

SELAMAT HARI JADI MAK!

             Abang nak ucapkan selamat hari jadi buat mak. Mungkin sudah lewat abang ucapkan sebab hari jadi mak 1 Mac kan? Abang tak ada hadiah nak diberikan pada mak. Tapi pada abang setiap hari adalah hari jadi mak. Sebab doa abang pada mak tak pernah putus. Abang doakan mak sentiasa sihat, diberikan rezeki yang melimpah ruah supaya mak dapat buktikan pada orang sekeliling mak yang mak pun boleh berjaya.

            Abang sayang mak sampai bila-bila. Maklah penguat semangat abang untuk tunaikan hasrat arwah ayah dan abang berjanji pada mak yang abang akan ambil kembali hak yang sepatutnya menjadi milik mak. Abang berjanji tak akan buat mak bersedih lagi.

Ya Allah,
Ku memohon kepada-MU agar kau ampunkan dosa ibuku yang telah menjaga aku sajak kecil lagi,
Ku memohon agar kau berikan kepadanya rezeki yang melimpah ruah,
Kuatkanlah imannya dan jati dirinya agar dia sentiasa tabah menjalani hidup yang penuh duri ini.

Ya Allah,
Ku memohon kepada-MU agar setiap perkara baiknya diberikan ganjaran,
Selama hidupnya, dia telah banyak melalui liku-liku pahit dalam kehidupan,
Oleh itu berikanlah dia kebahagiaan.

Amiiiin Ya Rabbal Alamiin.

Ikhlas dari anakmu

0 comments:

Post a Comment