SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN

Thursday 14 March 2013



 Firman Allah:
"Hanya bagi Allah-lah (hak mengabulkan) doa yang benar. Dan berhala-hala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan sesuatupun bagi mereka, melainkan seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air supaya sampai air ke mulutnya, padahal air itu tidak dapat sampai ke mulutnya. Dan doa (ibadat) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka"

              Surau Al-Farabi menjadi lokasi program ringkas solat hajat sempena peperiksaan akhir semester bagi pelajar diploma yang akan datang tidak lama lagi. Program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Undang-undang (FLAIRSOC) ini adalah program rutin setiap kali menjelang peperiksaan. Aku dapat melihat program seperti bukan sahaja dapat sama-sama berdoa kepada Allah malah dapat mengeratkan ukhwah.

              Solat hajat diadakan untuk bersama-sama memohon kepada Allah agar diberikan kejayaan yang cemerlang, dalam masa yang sama diberikan ketenangan dan idea yang mencurah-curah tatkala meduduki peperiksaan. Aku bersama-sama sahabat-sahabat yang lain memohon agar doa kami diperkenan. InsyaAllah. 

Firman Allah:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

            Aku dijemput memberikan tazkirah ringkas untuk aku berkongsi mengenai ilmu, tips menghadapi stress dan sebagainya. Aku sedar aku juga sama seperti mereka iaitu pelajar. Maka apa yang kongsikan akan aku praktikkan juga. Seperti nasihat imam Al-Ghazali dalam buku Ayyuhal Walad, ilmu menjadi sia-sia kecuali jika diamalkan.

          Aku berharap setiap kata-kata yang datang dari mulutku bukanlah berniat untuk menunjukkan bahawa aku orang banyak ilmu, tetapi kerana Allah aku ingin berkongsi dan aku juga ingin berubah. InsyaAllah

0 comments:

Post a Comment