Jika Jahat di balas jahat, maka hitamlah sekelilingmu.
Jika jahat dibalas baik, tidak mustahil hitam itu ditutupi oleh putih.
Dari Abu Dzar,
Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah
SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah
perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan
memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang
bagus."
Sepotong hadith yang diriwayatkan oleh
Abu Dzar, tertulis di dalam hadith 40. Saya amat tertarik dengan topik usrah
yang ringkas dibincangkan bersama Ustazah Nor Salimah. Hasil pembelajaran
kuliah Ustaz Mohamed (Ustaz Mad) katanya.
Lingkaran hidup kita akan mengalami
situasi di mana kita berbuat jahat pada orang lain. Dari yang kecil mahupun
besar ‘kejahatan’ kita itu pada orang lain. Jika difikir kembali, pernah kita
melakukannya?
Kejahatan yang tidak nyata terhadap
orang lain seperti mengumpat, mengata belakang, memburukkan orang lain, membuka
aib. Pernah atau tidak kita melakukannya?
Kejahatan yang mungkin nyata seperti
menyakiti kawan, meminjam atau merosakkan harta tanpa memulangkan, pernah
tidak?
Atau mungkin kejahatan lain selain yang
dinyatakan?
Orang yang jahat itu tidak semestinya
akan berterusan jahat. Akan sampai suatu masa seseorang itu hendak berubah
menjadi baik.
Di dalam hadith di atas, perkara jahat
yang pernah dilakukan sebelumnya hendaklah di’jernih’kan dengan perbuatan yang
baik. Apa jua perbuatan yang jahat hendaklah ditebus dengan perbuatan yang
baik.
Jika pernah menyakiti orang lain,
meminta maaf daripadanya. Selain daripada bertaubat kepada Allah, meminta maaf
kepada orang yang pernah disakiti juga perlu dalam konteks hubungan-ukhwah
terutama kenalan.
Jika orang yang ingin kita memohon ampun
itu berada jauh atau tidak dapat dijumpai, hanya tebus dengan melakukan
perbuatan baik dan niatkan untuk orang yang kita sakiti itu. Misalnya sedekah dan niatkan untuk
tebus kesalahan kita itu.
Hutang pula perlu dibayar kembali
jumlahnya kepada siapa yang kita berhutang. Jika pemiutang sudah tiada, berilah
kepada warisnya.
Realiti hari ini menganggap perbuatan
yang jahat pernah dilakukan hanya dapat dibersihkan dengan bertaubat sahaja
kepada Allah. Kalau begitu, hanya dosa kepada Allah sahaja yang dapat
dibersihkan. Bagaimana dengan orang yang disakiti? Jika orang itu tahu, mungkin
dia menyimpan perasaan marah atau dendam. Hanya dia sahaja yang tahu. Oleh itu,
perlu untuk menebusnya dengan manusia. Kecuali tidak dapat dijumpai barulah
niatkan perbuatan baik itu kepada si dia.
Di samping itu, hadith ini juga
menerangkan tentang perbuatan jahat yang dilakukan oleh orang lain terhadap
kita. Adakah kita perlu membalasnya?
Iringkanlah perbuatan jahat dengan
perbuatan baik.
Ertinya tidak semestinya jahat yang
dilakukan terhadap perlu dibalas dengan jahat. Seperti api balas api. Semakin maraklah
jawabnya. Api perlu dibalas dengan air.
Tidak perlu untuk membalas kejahatan
seseorang itu dengan kejahatan. Seperti contoh orang memburukkan kita pada
orang lain. Di pihak kita tidak perlu untuk memburukkan orang itu juga. Situasi
ini hanya akan menyebabkan orang lain makin memandang teruk kepada dia malah
kita juga.
Balaslah dengan perbuatan yang baik
seperti senyuman, diam atau sebagainya. Jika dia sakit, ziarahi. Dia kesusahan,
bantu bukan bersorak atas musibah yang tertimpa ke atas dirinya.
Kita manusia bukan penghukum (Hakim).
Kita adalah penyuci bagi setiap kekotoran yang berlaku di atas muka bumi Allah
ini.
Insya Allah, semoga perkongsian ini
bermanfaat.
3 comments:
hai..thanks comment my post :)) done follow u :))
thank you :)
Salam, would like to ask permission to share,may I ? Tq
Post a Comment