Tolak COMANGO!
Pertahankan Islam!
Pertahankan Hak Melayu!
Malaysia sedang berdepan dengan satu
gerakan hebat yang menentang perlembagaan dan lebih dahsyat mempertikaikan
Islam dan Melayu. Jika sebelum ini mereka bergerak secara halus, kini mereka
sudah berani memfailkan tuntutan berkenaan Hak Asasi Manusia (Human Rights)
ke Persatuan Bangsa-bangsa bersatu. Mereka telah bersatu dibawah badan bukan
kerajaan untuk membawa tuntutan ini agar Malaysia dapat melaksanakannya. Saya
melihat perkara ini sebagai suatu yang sangat serius kerana melibatkan isu umat
Islam dan Melayu. Mereka telah memperlekehkan kehakiman syariah yang terdapat
di Malaysia. Mempertikaikan keistimewaan melayu, malah lebih menyakitkan mereka
berani mencabar ajaran agama Islam. Itulah COMANGO.
COMANGO ialah nama singkatan bagi The
Coalition of Malaysian NGO. Bergerak sebagai entiti haram yang mendakwa dianggotai
oleh 54 NGO di mana hanya 12 pertubuhan sahaja yang berdaftar. COMANGO telah mengemukakan tuntutan melampau
untuk memberi imej buruk dunia antarabangsa terhadap Malaysia dalam Semakan
Berkala Sejagat (UPR) di Majlis Asasi Manusia di Geneva, Switzerland pada 24
Oktober 2013.
Saya tertarik dengan perbincangan Forum:
COMANGO Pengkhianat Negara di mana salah seorang ahli panel, Ustaz Gunawan Abd
Aziz yang bercerita kisah beliau sewaktu menghadiri majlis tersebut. Bergerak sebagai
anggota Muslim U-Pro untuk mengetahui tuntutan yang dikemukan oleh pihak
COMANGO di Majlis Asasi Manusia. Kedatangan mereka bagaikan ‘pendatang asing’
malah urusan mereka untuk mendapatkan status ‘Observer’ bagaikan
dihalang oleh pihak yang menguruskan.
Status ini membolehkan mereka melihat perbentangan yang berlangsung
tetapi tidak boleh bersuara.
Menurut beliau lagi, 108 buah Negara telah
terlibat di dalam majlis atau proses ini. Amat menghairankan apabila rata-rata
daripada Negara yang terlibat boleh bercerita tentang perlembagaan Malaysia walhal
nama Negara-negara itu jarang di dengari oleh kita sendiri. Nyata mereka-mereka
ini telah di ‘lobi’ terlebih dahulu oleh pihak COMANGO. Lebih memeritkan hati
apabila melihat terdapat beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan Islam yang
turut sama menyokong tuntutan tidak bermaruah ini. MasyaAllah. Mereka yang
beragama Islam ini telah hanyut dengan desakan nafsu dan membenarkan apa yang
telah diharamkan dan dilarang di dalam Islam.
Tanpa menghurai panjang, saya menyatakan
10 daripada 65 tuntutan yang telah dikemukakan oleh COMANGO. 7 tuntutan ini
merupakan di antara tuntutan yang melampau dan boleh menghancurkan Islam secara
terang-terangan serta menghina keistimewaan Melayu.
1.
Malaysia
dituntut untuk menandatangani dan memeterai International Covenant on Civil
& Political Rights (ICCPR) yang bakal mengizinkan pemurtadan berlaku
secara berleluasa.
2.
Berkenaan tuntutan
untuk Malaysia menandatangani dan memeterai International Covenant on the
Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) yang akan
menyebabkan Malaysia mengikut telunjuk dan acuan sekular barat yang memaksakan penafsiran istilah ‘racism’
atau perkauman ke atas sesuatu Negara berdaulat. Hal ini mengenepikan
tindakan-tindakan domestik yang padahakikatnya
mengambil kira reality dan sejarah serta aspek keagamaan dan
sosio-budaya tempatan.
3.
Malaysia ditekan
untuk mengiktiraf hak-hak berlandaskan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and
Transgender). Dakwaan-dakwaan ini kononnya golongan ini dinafikan hak-hak
mereka ditimbulkan pada perenggan 6.1.1 dan 6.1.2 laporan tersebut. Terdapat juga
tekanan-tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung
jenayah liwat.
4.
Perenggan 6.2 mendakwa
bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (Constitutional) berkenaan
hak-hak istimewa kaum Melayu adalah bersifat perkauman dan diistilahkan sebagai
‘alat politik’ dan juga ciri-ciri utama yang membentuk Perlembagaan
Persekutuan.
5.
Perenggan 9
mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, dan khususnya
perenggan 9.5 mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan
jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa “mengganggu hak peribadi”.
6.
Hak seorang ibu
atau bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur juga
dijadikan isu hak asasi manusia.
Sudah terang lagi bersuluh. Tuntutan-tuntutan
ini telah nyata mencabar Islam dan Melayu. Ayuh bersama-sama bersatu untuk
menentang dan memastikan tuntutan-tuntutan yang pedih ini tidak akan
terlaksana.
Sumber: http://www.suaram.net/
0 comments:
Post a Comment