Friendship Forever
Ukhwah Kekal Bersama.
Tahun 2006
Aspura SMKA BP
Petang itu telah mempertemukan aku
dengan seorang lagi warga baru SMKA BP. Sempat bersalaman dengan ahli
keluarganya dan aku tahu bahawa ahli kelas ku juga bertambah. Sudah hampir
sebulan juga aku memasuki alam sekolah menengah. Ramai juga kenalan yang kini
menjadi rakan baru di dalam institusi pendidikan itu. Awal kemasukan aku
ditempatkan di kelas yang kedua sebelum berlaku rombakan dan berpindah ke kelas
yang pertama.
“Firdaus...” Warga baru memperkenalkan
dirinya sambil diperhatikan oleh ayah dan abangnya. Baru ku tahu abangnya
adalah senior tingkatan lima waktu itu di sekolahku. Tangan dihulur tanda
perkenalan.
“Owh, Qayyum..” Aku menyambut salam dan
mengukir senyuman.
Perkenalan itu pada peringkat
permulaannya tidak menunjukkan apa-apa keajaiban. Hanya sekadar mengenal siapa
dia dan memperkenalkan siapa aku. Yalah, mudah untuk mencari di dalam asrama
nanti.
Kisah ‘Hang Tuah’ ini terus berkembang
dengan perkenalan kepada beberapa orang lagi sahabat-sahabatku yang ku kira
mereka ini unik. Seorang yang sangat sukakan anime terutamanya Gundam malah
boleh melukisnya persis watak asal. Izzuddeen atau kami mesra dengan panggilan
Izzu ini ku kenali dengan perwatakannya yang ‘cool’ dan rajin. Antara pelajar
yang cemerlang di dalam ‘batch’ kami. Sikap beliau yang tenang dan tak kisah
itu sangat memberikan motivasi kepadaku. Walaupun dia ini kuat tidur, tetapi
otaknya sangat geliga. Tidak hairanlah Izzu boleh menjadi pelajar cemerlang.
Aku masih ingat lagi hampir setiap malam kami tidur lewat untuk mengulang kaji.
Dan maggi yang menjadi peneman perut tatkala berkeroncong. Antara saat best
adalah makan maggi yang telah kembang. Memang tiada rasalah jawabnya. Seperti
makan mi kuning tanpa rencah. Tetapi selepas memasuki tingkatan empat. Izzu
telah berpindah ke MRSM. Sejak itu jarang aku bertemu dengannya.
Aizuddin dan Jufrie, antara
sahabat-sahabatku yang sering bersama-sama. Kami sudah seperti grup trio.
Walaupun berbeza kelas tetapi aku senang bersama mereka ini. Peneman tatkala
suka, penenang tatkala duka. Permasalahan yang ku hadapi sering ku ceritakan
kepada mereka. Awalnya aku jengkel juga kerana apa yang aku ceritakan
seolah-olah diambil remeh. Namun, aku tersilap memberi pengadilan. Mereka
mendengar setiap bait kata-kataku kemudian memberi nasihat. Semasa di tingkatan
lima, hampir setiap malam juga aku mengulangkaji bersama Aizuddin dengan
beralaskan lantai dan Nescafe. Walaupun Nescafe yang ku minum, tetap sahaja aku
tertidur. Sehinggalah warden asrama ternampak aku tidur di atas lantai dan
memberikan amaran.
Dalam ‘Hang Tuah’ ada 7 saudara. Di sini
ingin ku ceritakan juga dua orang lagi sahabat yang menjadi memori indah dalam
ingatanku. Salah seorangnya ialah Firdaus. Kami menggelarnya ‘besi’ dek kerana
dia antara orang yang kuat bersukan dan sering memasuki acara-acara sukan
sekolah. Seorang yang ku kenal adakala dia ini lawak adakalanya tegas. Aku
tidak menyangka akan duduk sekelas bersamanya selama lima tahun! Paling tidak
ku lupa apabila aku dan dia duduk bersebelahan semasa tingkatan empat dan lima.
Seperti sudah dirancang pula. Dia memang hebat dalam ilmu hisab (Matematik).
Tidak dapat ku nafikan perkara itu. Sewaktu kelas Matematik Tambahan, dia
banyak membantu aku untuk mengelak daripada menjadi mangsa ‘pelarian padang’.
Kadangkala kami kalah juga pada ‘trick’ yang digunakan guru kami.
Luqman Yunus atau ‘nickname’ yang kami
berikan padanya, Loq Yun. Aku dan Loq Yun mempunyai banyak kenangan dalam
perjuangan. Di dalam pengawas, program, malah pertandingan. Seorang yang hebat
dalam pemikiran. Tidak hairanlah dia boleh berdebat. Kami selalu memikirkan
masalah umat dan apa yang berlaku di sekeliling. Aku kadangkala merasa rendah
diri apabila berada di sampingnya. Wah, banyak kekurangan aku. Aku sangat
menghormati Loq Yun kerana senangnya untuk didekati, tidak lokek berkongsi ilmu
dan mudah bergaul. Antara aku dan dia, memori yang masih terukir adalah sewaktu
kami bersama-sama menjadi peserta pertandingan Debat Arab Kebangsaan.
Sepatutnya waktu lapang itu kami gunakan untuk latihan, namun kami bersepakat
dengan ustaz untuk menyaksikan perlawan bola. Nasib baik kami menang pagi itu.
Rezekilah katakan. Aku pernah mengharap untuk terus bersama dengannya sehingga
ke menara gading. Namun itu semua hanya perancangan dan penentuan itu datangnya
daripada Allah.
2011-2013
Jalan itu telah tertulis.......
Kami telah terpisah oleh laluan kerjaya
yang berbeza. Waktu ini masing-masing sudah memikirkan hala tuju masa depan
sendiri. Begitu juga aku. Firdaus telah menyambung ke Melaka, Luqman ke Negeri
Sembilan. Jufrie menyambung ke tingkatan enam dan kini berjaya ke puncak di
Negeri Sembilan. Manakala aku dan Aizuddin ke Pantai Timur dalam menara yang
sama. Sejak daripada itu jarang aku mendengar kisah mereka.
Walaupun begitu, aku tidak patut menjadi
bisu dalam cerita ini. Aku perlu lakukan sesuatu. Sekurang-kurangnya mendapat
respon dari mereka. Mesej, chat, perbualan antara yang ku lakukan. Jujurnya aku
menjadi sebak dapat mendengar suara mereka. Suara yang sekian lama tenggelam kini
dapat ku dengar kembali. Alhamdulillah mereka masih mengingati diri ini. Aku
tidak mahu ukhwah itu terhenti sebelum aku menghembuskan nafas yang terakhir.
Alhamdulillah aku masih diberi
kesempatan untuk bersua dengan Loq Yun dan Jufrie. Bertanya khabar dan
bercerita sepanjang perpisahan itu berlaku. Izzu sempat ku hubungi sewaktu hari
raya. Firdaus dan Aizuddin? Firdaus hanya ku hubungi melalui media sosial.
Masih seperti dulu dan banyak memberikan nasihat kepadaku sewaktu aku berada
dalam fasa patah hati. Begitu juga Jufrie. Mereka ini ibarat kaunselor tak
bertauliah padaku. Aizuddin selalu aku temui. Malah kami berada dalam
organisasi yang sama. Alhamdulillah atas izin Allah.
Sewaktu aku di Singapura, menghampiri
waktu perpisahan bersama peserta-peserta MABIMS, kata-kata yang membuat aku
tersentuh;
“Jika perpisahan itu menyakitkan,
mengapa perlu ada pertemuan?”
Memang benar. Jika kenangan dan memori
indah itu masih mekar, perpisahan adalah suatu yang sangat menyakitkan. Namun,
ada ibrah di sebalik semua itu. Ia mengajar aku erti ukhwah yang sebenar.
“Seorang
mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling
menguatkan.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
“Perumpamaan
orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan saling berempati
bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggotanya merasakan sakit maka seluruh
tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan merasakan demam.” (HR. Muslim)
Rasulullah
saw pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku
amal yang dapat memasukkan aku ke surga”. Rasulullah menjawab; “Engkau
menyembah Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan
shalat, tunaikan zakat dan engkau menyambung silaturahmi”. (HR. Bukhari).
Semoga
ukhwah ini berkekalan. Tidak kira di mana jua kamu, ingati segala kenangan yang
pernah lalui semasa di bangku persekolahan. Suka dan duka bukan isunya, namun
bagaimana kamu menyimpannya di dalam diri kamu.
Kepada Aizuddin, Firdaus, Luqman, Jufrie dan
Izzuddeen.
4 comments:
Man...That's a trip down the memory lane, bud...
Wonder when will we get the chance to get together and go crazy again...
i hope one day the chance to get together will become true...even for a minute. :)
Muahx!! Mmuahx!! Kapak.. #lagapipi
Berlinang air mataku membasahi bantal busukku
hahahaha....besi sahabatku...hehehe...
Post a Comment