Diari = Memori
Kisah suka, duka akan tercatat disini
Ogos 2013
Bulan yang penuh dengan cabaran. Cerita
era perubahan aku secara total telah bermula di sini. Siapa sangka cabaran demi
cabaran dan dugaan demi dugaan perlu aku hadapi ketika ini. Siapa sangka
perancangan yang aku telah lakukan hancur setakat di sini. Cerita cinta aku
berakhir di sini. Setelah selesai cuti pertengahan semester, rakan-rakan
sekelasku mengajak aku berkelana ke Kuantan dan singgah terlebih dahulu di
rumah salah seorang sahabatku yang terletak di Kemaman. Dalam perjalanan itu
jugalah aku cuba menghubungi si dia untuk memaklumkan keberadaanku agar tidak
berlaku sebarang kecurigaan. Namun sepanjang hari aku tidak dapat
menghubunginya. Malah akaun facebook dan twitter ku juga telah di ‘block’
olehnya. Tanpa sebab. Puas aku bertanya tetapi tiada jawapan. Adakah dia
memarahi aku kerana aku terlalu banyak memberi nasihat kepadanya? Atau nasihat
aku itu dianggapnya sebagai desakan? Puas aku memikirnya. Akhirnya aku terpaksa
diam untuk sementara untuk menenangkan keadaan. Hampir dua bulan tiada jawapan.
Sempat
juga aku melihat akaun twitternya yang tidak di ‘block’ lagi. Jawapannya yang
ku tunggu sungguh menghampakan. Aku hanya ingin penjelasan. Tidak terdetik
untuk cetuskan pertelingkahan. Mungkin ini jawapan pengakhiran untuk
hubunganku. Mungkin dia sudah ada seorang lelaki yang lebih baik daripadaku. Hampir
sebulan hatiku hancur. Jujurnya pedih untuk merawat hati itu kembali. Prinsip
aku ‘jika seorang yang aku sayang maka hanya dialah seorang’. Maka tatkala
berlakunya malapetaka ini, sukar bagiku untuk menerima. Akhirnya sehingga kini
aku mengambil keputusan untuk teruskan kehidupan tanpa ada pengganti. Still
Single. Aku juga tiada sebab untuk memarahinya kerana aku juga tidak semuanya
benar dalam hal ini. Ada silapnya yang tidak ku sedari.
Khas
untuk awak, tiada kata benci terbit dalam hati ini. Siapa saya untuk singkirkan
awak dalam kehidupan. Tapi ingatlah, jaga dirimu baik-baik.
Akhir November 2013
Sudah hampir penghujung bulan November,
ini bermakna sudah sepuluh peratus sesi pembelajaran berlalu. Kitaran
perjalanan aku masih seperti biasa, bangun pagi dan tunaikan kewajipan, singgah
ke bilik rakan-rakan, ke kelas, kafe dan pulang semula ke bilik. Bezanya antara
aku dan rakan-rakan, malam pada sesi ini aku habiskan waktu bersama
sahabat-sahabat seperjuangan memikirkan masalah umat. Usrah, Gerakan Islam,
Program Ilmiah. Itulah yang menjadi penambahan baru dalam hidupku. Walaupun
sebelum ini aku mengikuti usrah, penjiwaan kali ini agak berbeza. Sifat ingin
tahu semakin menebal dan membukit.
Penglibatan aku dalam sebuah kesatuan
gerakan Islam membezakan pengalaman aku sewaktu berada dalam organisasi MPP
sewaktu ketika dahulu. Hal ini kerana, dalam MPP, demokrasi adalah tunjang
utama. Hidup dengan masalah dan mesyuarat. Bila ada program maka ada mesyuarat.
Apabila ada kerja baru ada mesyuarat. Dahulu aku jahil perihal politik kampus.
Maka aku naik sebagai MPP kerana mewakilkan fakulti sahaja. Kosong pengetahuan
dan hala tuju. Siapa sangka dalam organisasi ini dipenuhi dengan hala tuju yang
bersimpang siur. Walaupun awal pergerakan kami dengan satu matlamat, menjaga
kebajikan mahasiswa, namun apa yang ku lihat hanya berakhir dengan merekrut
‘tentera kroni’ oleh sebahagian manusia yang sudah hilang kekuatan.
Sudah lama aku perhatikan gelagat
mereka. Dari awal lagi aku sudah di ‘blacklist’ oleh mereka sebagai pembangkang
dengan alasan aku adalah pelajar undang-undang. Nonsense! Sehinggakan apa jua
cadangan yang aku cuba berikan hanya seperti angin lalu. Walaupun ada yang
mempersetujui, kesudahannya menjadi ‘sampah’.
Aku lebih suka bergerak secara underground. Bukan nama dan jawatan yang
ku kejar kawan. Apa yang aku rasa perlu aku lakukan maka aku lakukan. Walaupun
yang lain tidak tahu. Sememangnya dokumentasi itu penting tetapi ada sesuatu
yang aku ingin tunjukkan. Kerja tanpa heboh dan ukhwah diperkuat. Alhamdulillah
itu berjaya. Hasil inspirasi presiden MPP sendiri sebenarnya. Ku akui aku tidak
menjalankan program, tetapi aku menjadi penguat di mana sahaja aku berada. Itu
aku sewaktu menjadi MPP.
Eh sudah jauh melencong.
Kembali kepada kesatuan, aku merasakan
ketenangan sewaktu berada dalam gerakan ini. Usrah pimpinan, usrah gabungan,
unsur tarbiyah dan semangat perjuangan itu ada. Aku masih mentah tetapi tidak
salah untuk aku bersama mereka bukan? Nak dikatakan aku jahil, sekolah menengah
dahulu SMKA. Tetapi kejutan budaya membuatkan aku seperti jahil. Berjumpa
dengan sahabat-sahabat seperti inilah sebenarnya yang menjadi pendorong
kepadaku untuk mencari ‘jiwa’ aku yang dahulu dan meningkatkannya.
Aku ingin kongsikan gelagat-gelagat
manusia yang aku lihat disekeliling. Sewaktu menjadi AJK sebuah program, aku
telah dilantik menjadi kem komandan. Sudah lama aku tidak menjadi garang. Hanya
rakan sekolah sahaja yang mengetahuinya. Aku perhatikan gelagat dua orang
peserta yang ibaratkan tagline cerita hantu Indonesia, Jelangkung. ‘Datang tak
dijemput, pulang tak dihantar.’ Tetapi pada aku mereka ini ‘Datang tak
dijemput, pulang ngada-ngada minta dihantar.’ Kami dari pihak pengurusan
program sejak awal lagi merasakan mereka datang sebagai peserta dengan membawa
agenda tersendiri.
Mereka ini diantara manusia yang lantang
bersuara dalam gerakan. Aku akui itu. Namun perjuangan mereka hanya
hangat-hangat tahi ayam sahaja. Seperti cacing kepanasan apabila tidak mendapat
sesuatu yang diingini. Bijak berbicara tentang usrah, namun jarang sekali hadir
usrah. Bijak berjanji tetapi tidak ditepati. Ada sahaja alasan yang diberikan. Sehinggalah
di dalam program itu mereka membuat provokasi dan mengajak peserta-peserta lain
yang masih ‘fresh’ bersama mereka. Masakan tidak, arahan yang diberikan oleh
sahabatku berbeza dengan tindakan mereka. Aku mula berang dan menyuruh mereka
berhenti daripada melakukan aktiviti. Aku menyuruh mereka berkumpul dan
menyatakan kesalahan mereka. Tidak mendengar arahan dan tiada strategi. Mendengar
arahan dan bina strategi adalah perkara asas dalam apa jua prinsip. Bermula dari
bawah. Seperti orang yang baru sahaja membuka perniagaan. Namun setiap
kata-kataku dibantah dengan hujah mereka. Ada sahaja ayat yang keluar dari
mulut mereka. Maklumlah aku bukan pelajar pengajian Islam seperti mereka. Jadi Ayat
Al-Quran dan Hadith menjadi pertaruhan mereka. Selesai melepaskan geram dan
diakhiri dengan nasihat, ku lihat mereka ini tersenyum. ‘aku telah berjaya!’
mungkin dalam hatinya berkata begitu. Tidak mengapa. Mujur aku tidak menyentuh
tentang hakikat mereka yang kontra jika hendak dibandingkan dengan percakapan
mereka itu. Syeikh, enta hebat hujah tapi benda simple tak boleh buat. Enta ingat
enta boleh jadi orang hebat? Hakikat cerita dunia.
Mereka ini sudah dibenci oleh
sahabat-sahabatku malah kenalan yang lain. Hanya ingin menang sahaja. Ada juga
manusia seperti itu rupanya. Namun dalam cerita ini, aku menjadi sang neutral
yang masih mendekati mereka untuk mengetahui apakah sebenarnya yang mereka
mahukan. Jawatan dalam kesatuan? Inginkan nama mereka disanjungi? Wallahua’lam.
Berkisar tentang perjalanan seharianku,
hari-hariku tenang. Tidak seperti dahulu. Walaupun tiada masalah, tetap sahaja
resah gelisah. Namun kali ini, ada masalah, jiwa aku tidak cepat melatah. Syukur
kepada Allah. Hanya sunyi apabila bersendirian. Di hadapan rakan-rakan, aku
periang, kuat bergurau dan bercerita. Siapa yang tak jadi mangsa gurauan,
tunggu sahajalah masanya tiba. Hanya jika aku bersendirian, aku sunyi. Hanya lambaian
angin yang menjadi ‘jiran’. Kadangkala bosan juga. Oleh sebab itulah aku suka
bersosial, masih lagi mengikut syarak.
Apabila rasa bosan,
langit yang penuh keindahan akan ku jadikan tatapan. kadangkala beraraknya
awan, kadangkala bulan mengambil ruang. Jika beruntung, kerlipan bintang akan
menemani. Subhanallah indahnya ciptaan Allah, Alhamdulillah masih diberi
penglihatan. *Tersenyum*
Bersambung cerita
aku.........................
0 comments:
Post a Comment